Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

Menanti Di Barzakh

Album : Halawatul Iman

Munsyid : Far East

sumber lirik


Ku Merintih, Aku Menangis,

Ku Meratap, Aku Mengharap,

Ku Meminta Dihidupkan Semula,

Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Perjalanan Rohku,

Melengkapi Sebuah Kembara,

Singgah Di Rahim Bonda,

Sebelum Menjejak Ke Dunia,

Menanti Di Barzakh,

Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,

Diperhitung Amalan,

Penentu Syurga Atau Sebaliknya,


Tanah Yang Basah Berwarna Merah,

Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,

7 Langkah Pun Baru Berlalu,

Susai Talkin Penanda Syahdu,

Tenang Dan Damai Di Pusaraku,

Nisan Batu Menjadi Tugu,

Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,


Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,

Seakan Ku Dengari,

Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,

Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2

Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2


Kembali Oh Kembli,

Kembalilah Kedalam Diri,

Sendirian Sendiri,

Sendiri Bertemankan Sepi,

Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,

Terbujur Dan Kaku,

Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,


Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,

Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,

Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,

Tiada Siapa Yang Terkecuali,

Lemah Jemari Nafas Terhenti,

Tidak Tergambar Sakitnya Mati,

Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,


Jantung Berdenyut Kencang,

Menantikan Malaikat Datang,

Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,

Selama Ini Diceritakan x2

Kini Aku Merasakan x2

Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2


Ku Merintih, Aku Menangis,

Ku Meratap, Aku Mengharap,

Ku Meminta Dihidupkan Semula,

Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

********************************************************************************

salam..

entry kali ni aku nak share satu lagu lagi.. lagu yang bila mana pertama kali aku mendengarnya aku menangis..

menangis teresak2 mengingati setiap satu yang terjadi pada hari Allah mengambil ayahku kembali...

mengisafkan.. membuka mata hati ku.. bahawa mati itu pasti..bahawa mati itu hakiki...

banyak kematian yang berlaku di sekitar aku pada akhir2 ini, tak kiralah saudara mara, sahabat handai atau orang2 yang aku kenali.. tak kira umur.. yang remaja atau dewasa atau bayi atau yang lanjut usia...

setiap kali mengingatkan kematian.. aku selalu tertanya2..

adakah aku bersedia untuk mati.?

bagaimana dengan anak2 aku?

bagaimana dengan ibuku?

bagaimana dengan suamiku??

bagaimana dengan keadaan aku di alam barzkah??

bagaimana dengan keadaan ku di masyar nanti??

aku yang lalai.. aku yang cuai.. aku yang lupa.. aku yang sengaja.. aku yang tidak sengaja.. aku yang musykil.. aku yang jahil.. aku yang arif tetapi tidak mengambil berat..

astaghfirullah ya rabbal bara'ya...

astagfirullah minal qhothoya..

rabbi zidhni 'ilman nafi'aa..

wawafiqhni amalan makhbula...

wawahabli rizqan wasii'a..

WA'TUB A'LAYYA TAUBATAN NASUHAA...

WA'TUB A'LAYYA TAUBATAN NASUHAA...

WA'TUB A'LAYYA TAUBATAN NASUHAA...

Ya Allah..

ampunilah dosa ku, dosa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku di masa aku kecil... amiinn ya rabbal a''lamiinn...



Friday, August 28, 2009

Mana Milik Kita

salam...

pagi tadi on the way ke ofis macam biasa dengar IKIM.FM - segmen topik nur pagi. topik hari ni 'sedekeh'..
seronok jer dengar ustaz nik bercerita tentang bab sedekah jariah ni..
lebih2 lagi bila beliau bercerita pasal sedekah dalam bulan ramadhan al-mubarak ni...

banyak kelebihan bersedekah dalam bulan ramadhan ni.. ganjaran yang diberi oleh Allah melimpah ruah..
Allah sayang orang yang bersedekah... Nabi saw pon menjadi tersangat pemurah pada bulan ramadhan.. amalan sedekah nabi, di umpamakan macam angin yang bertiup ( ringan dan berpanjangan)...

ada sorang pemanggil siap cakap.. sedekah yang tak pakai duit, yang free ialah senyuman.. tersenyum aku dengar benda tu.. macam2 pendapat, hadis, dan pandangan serta soalan yang di ajukan kat ustaz nik...

nak bersedekah ni tak yah mahai2.. sebab konsep orang atau pemikiran orang sekarang ni klu nak bersedekah kena bagi yang besar2.. tapi menurut ustaz Nik.. nabi mengajukan umat supaya bersedekah walaupun dengan 1/2 biji tamar atau kurma.. bukan sebiji tapi 1/2 biji tuhh.. bukan kuantiti tapi kualiti keikhlasan kita yang akan dilihat oleh Allah swt...

dan tiba2 lagu mana milik kita dimainkan.. terkedu aku sekejap.. sedih.. sebab suara allahyarham ustaz asri dan lirik lagu tu amatlah menyebabkan aku insaf.. takut.. terasa aku ni kecil sangat.. timbul dalam hati aku adakan aku memberi hak orang lain yang terdapat dalam harta yang dipinjamkan oleh Allah kepada aku..

sedekah memurahkan rezeki..
sedekah memudahkan rezeki..
sedekah ganjarannya syurga..
sedekah memberi ketenangan di dalam jiwa..
sedekah dalam bulan ramadhan amat2lah dituntut dan amatlah besar ganjarannya..


kat bawah ni aku ader paste lirik lagu 'mana milik kita' oleh kumpulan rabbani..
bacalah.. dan renungilah.. semoga ia memberi manfaat kepada kita hendaknya..

al-fatihah buat Allahyarham ustaz asri.. walaupun beliau telah pergi menghadap Ilahi, suaranya masih menjalankan amanah Allah.. semoga beliau ditempatkan bersama2 para ambia' dan dirahmati oleh Allah swt...
aamiiin ya rabbal a'lamin


****************************************************************************

allahyarham ustaz asri bersama isteri...

picture source : kosmo.com.my


Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…




***********************************************************************

Wednesday, August 26, 2009

Sakit Ati.. Sedih.. Geram...

salam...

dalam masa 2 jam bertimpa2 aku dengar benda yang menyakitkan ati...


1st..


lunch hour tadi aku gi mydin blakang ofis aku ni.. bli barang dapur sket..
tgh2 susun barang kat kounter bayaran tu terasa vibrate fon.. tgk2 ader sms..
tuan punya umah yang aku nak sewa mesej aku...


"Rmh. dah ok. cuma lampu akan diatasi dgn segera.

skrng ini saya tunggu siapa yg bayar dulu deposit akan saya bagi kunci,

sebab ada kawan saya yg duk sini anak dia nak duduk segera. t.k."



"apa punya orang la pakcik ni" tu ayat spontan
yang kuar dari mulut aku.. geram betoi..

aku trus call dia even aku tak setel buat bayaran kat kounter tu..


aku cakap ngan dia aku nak bayar deposit.. apsal la pak cik ni.. aku ngan mak
aku bersusah payah 2-3 hari ni sebab nak bersihkan umah dia tu.. tapi alih2
dia wat aku camtu pulak.. suka2 jer nak bagi kat orang lain.. sedih tau.. alasan
dia segan nak mintak duit ngan mak aku...

alahaaiii.. mak aku dah cakap.. seblum 1hb dia nak umah tu... dah siap semua
dia bayar deposit ngan amik kunci.. aper salahnyer pak cik tu cakap jer ngan
mak aku..


aku mintak ngan dia acc no maybank dia dan cakap aku boleh transfer duit tu
dalam masa 10 minit.. geram jugak cara aku cakap.. tapi still aku maintain cakap
hormat2 sebab dia kawan arwah ayah aku...

sampai sekarang dia tak sms lagi no account tu.. penat tunggu dah ni...




2nd..

kejap tadi dalam kul 3.30 adik aku call...

adik : "assalamualaikum.. kak.. hang tau tak..."

aku : " w'salam.. apa dia ct"


adik:" tadi orang dari HEP call.. depa kata malam ni ada berbuka puasa
bersama TNC untuk anak2 yatim.."

aku : " hmm...(sambil mendengar)"

adik: "depa tanya ct.. nak pi dak.. ct anak yatim kan??"

aku: tersentap sekejap.. terdiam tak leh nak cakap apa.. sebak nya ati ni


adik: "ct tgh tido time depa call tu.. so dengan mamai ctjawab la...tak
laa.. saya bukan anak yatim.. pastu depa tanya balik.. ni siti khairun kan.."

aku: diam dan terus diam dan menangis


adik : " pastu ct kata la betoi.. ct anak yatim.. tapi ct kata ct tak mo p.."

aku : " tak yah p la ct.. merepek la depa tu.."


adik : "tu la kakak.. aku dah stat lupa dah(yang bapak aku dah meninggal)..
depa p pringat balik.. siap kata dapat duit raya pulak tuh.."

aku : "biaq p la kat depa ct.. tok sah dok p laa... macam kita ni tak mampu.. biar depa bagi kat orang yang lagi susah dari kita.."


adik : "hmm.. ok na kak.. bye.."

aku : "hmm.. ok.. jaga diri baik2 na.. take care bye.. asalamualaikum.."


aper punya orang la orang HEP ni... buleh tanya soklan camtu.. tanya la cara
lain.. dah la adik aku time dok blajar bapak aku meninggal.. dia paling bongsu
dan yang paling manja ngan bapak aku pulak tu.. sedih aku bila dengar satu2
crita dia kat U.. bila cakap pasal dia mesti orang kaitkan ngan anak yatim..

sedih laa orang semua.. tak paham kaa... kesian la kat dia...bukan dah lama
mana pon bapak aku meninggal.. baru jer.. sedih dan perit kat hati kami ni tak
elok lagi laa.. aku sendiri tak kuat nak g kubur bapak aku lagi...

jangan cakap kami ni anak yatim boleh dakkk????


then aku call balik dia.. cakap suruh dia jangan crita ngan mak aku.. aku cakap
ignore jer.. dan suruh dia take care diri dia..

tapi jawapan dia.. "takpa kak.. ct ok ja"

tapi dari suara dia aku dapat tangkap yang dia pon sedih dan tgh menangis..

sabar ct na.. nak buat macam mana.. Allah sayang bapak lebih dari kita...