Friday, August 28, 2009

Mana Milik Kita

salam...

pagi tadi on the way ke ofis macam biasa dengar IKIM.FM - segmen topik nur pagi. topik hari ni 'sedekeh'..
seronok jer dengar ustaz nik bercerita tentang bab sedekah jariah ni..
lebih2 lagi bila beliau bercerita pasal sedekah dalam bulan ramadhan al-mubarak ni...

banyak kelebihan bersedekah dalam bulan ramadhan ni.. ganjaran yang diberi oleh Allah melimpah ruah..
Allah sayang orang yang bersedekah... Nabi saw pon menjadi tersangat pemurah pada bulan ramadhan.. amalan sedekah nabi, di umpamakan macam angin yang bertiup ( ringan dan berpanjangan)...

ada sorang pemanggil siap cakap.. sedekah yang tak pakai duit, yang free ialah senyuman.. tersenyum aku dengar benda tu.. macam2 pendapat, hadis, dan pandangan serta soalan yang di ajukan kat ustaz nik...

nak bersedekah ni tak yah mahai2.. sebab konsep orang atau pemikiran orang sekarang ni klu nak bersedekah kena bagi yang besar2.. tapi menurut ustaz Nik.. nabi mengajukan umat supaya bersedekah walaupun dengan 1/2 biji tamar atau kurma.. bukan sebiji tapi 1/2 biji tuhh.. bukan kuantiti tapi kualiti keikhlasan kita yang akan dilihat oleh Allah swt...

dan tiba2 lagu mana milik kita dimainkan.. terkedu aku sekejap.. sedih.. sebab suara allahyarham ustaz asri dan lirik lagu tu amatlah menyebabkan aku insaf.. takut.. terasa aku ni kecil sangat.. timbul dalam hati aku adakan aku memberi hak orang lain yang terdapat dalam harta yang dipinjamkan oleh Allah kepada aku..

sedekah memurahkan rezeki..
sedekah memudahkan rezeki..
sedekah ganjarannya syurga..
sedekah memberi ketenangan di dalam jiwa..
sedekah dalam bulan ramadhan amat2lah dituntut dan amatlah besar ganjarannya..


kat bawah ni aku ader paste lirik lagu 'mana milik kita' oleh kumpulan rabbani..
bacalah.. dan renungilah.. semoga ia memberi manfaat kepada kita hendaknya..

al-fatihah buat Allahyarham ustaz asri.. walaupun beliau telah pergi menghadap Ilahi, suaranya masih menjalankan amanah Allah.. semoga beliau ditempatkan bersama2 para ambia' dan dirahmati oleh Allah swt...
aamiiin ya rabbal a'lamin


****************************************************************************

allahyarham ustaz asri bersama isteri...

picture source : kosmo.com.my


Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…




***********************************************************************

Kalkulator Tarikh Lahir..


Salam...
my fren nofa antar menda ni kat aku..
syok jugak tahu tarikh lahir kita ikut kalendar islam..


this is my besday according to islamic calendar....

Wednesday, August 26, 2009

Sakit Ati.. Sedih.. Geram...

salam...

dalam masa 2 jam bertimpa2 aku dengar benda yang menyakitkan ati...


1st..


lunch hour tadi aku gi mydin blakang ofis aku ni.. bli barang dapur sket..
tgh2 susun barang kat kounter bayaran tu terasa vibrate fon.. tgk2 ader sms..
tuan punya umah yang aku nak sewa mesej aku...


"Rmh. dah ok. cuma lampu akan diatasi dgn segera.

skrng ini saya tunggu siapa yg bayar dulu deposit akan saya bagi kunci,

sebab ada kawan saya yg duk sini anak dia nak duduk segera. t.k."



"apa punya orang la pakcik ni" tu ayat spontan
yang kuar dari mulut aku.. geram betoi..

aku trus call dia even aku tak setel buat bayaran kat kounter tu..


aku cakap ngan dia aku nak bayar deposit.. apsal la pak cik ni.. aku ngan mak
aku bersusah payah 2-3 hari ni sebab nak bersihkan umah dia tu.. tapi alih2
dia wat aku camtu pulak.. suka2 jer nak bagi kat orang lain.. sedih tau.. alasan
dia segan nak mintak duit ngan mak aku...

alahaaiii.. mak aku dah cakap.. seblum 1hb dia nak umah tu... dah siap semua
dia bayar deposit ngan amik kunci.. aper salahnyer pak cik tu cakap jer ngan
mak aku..


aku mintak ngan dia acc no maybank dia dan cakap aku boleh transfer duit tu
dalam masa 10 minit.. geram jugak cara aku cakap.. tapi still aku maintain cakap
hormat2 sebab dia kawan arwah ayah aku...

sampai sekarang dia tak sms lagi no account tu.. penat tunggu dah ni...




2nd..

kejap tadi dalam kul 3.30 adik aku call...

adik : "assalamualaikum.. kak.. hang tau tak..."

aku : " w'salam.. apa dia ct"


adik:" tadi orang dari HEP call.. depa kata malam ni ada berbuka puasa
bersama TNC untuk anak2 yatim.."

aku : " hmm...(sambil mendengar)"

adik: "depa tanya ct.. nak pi dak.. ct anak yatim kan??"

aku: tersentap sekejap.. terdiam tak leh nak cakap apa.. sebak nya ati ni


adik: "ct tgh tido time depa call tu.. so dengan mamai ctjawab la...tak
laa.. saya bukan anak yatim.. pastu depa tanya balik.. ni siti khairun kan.."

aku: diam dan terus diam dan menangis


adik : " pastu ct kata la betoi.. ct anak yatim.. tapi ct kata ct tak mo p.."

aku : " tak yah p la ct.. merepek la depa tu.."


adik : "tu la kakak.. aku dah stat lupa dah(yang bapak aku dah meninggal)..
depa p pringat balik.. siap kata dapat duit raya pulak tuh.."

aku : "biaq p la kat depa ct.. tok sah dok p laa... macam kita ni tak mampu.. biar depa bagi kat orang yang lagi susah dari kita.."


adik : "hmm.. ok na kak.. bye.."

aku : "hmm.. ok.. jaga diri baik2 na.. take care bye.. asalamualaikum.."


aper punya orang la orang HEP ni... buleh tanya soklan camtu.. tanya la cara
lain.. dah la adik aku time dok blajar bapak aku meninggal.. dia paling bongsu
dan yang paling manja ngan bapak aku pulak tu.. sedih aku bila dengar satu2
crita dia kat U.. bila cakap pasal dia mesti orang kaitkan ngan anak yatim..

sedih laa orang semua.. tak paham kaa... kesian la kat dia...bukan dah lama
mana pon bapak aku meninggal.. baru jer.. sedih dan perit kat hati kami ni tak
elok lagi laa.. aku sendiri tak kuat nak g kubur bapak aku lagi...

jangan cakap kami ni anak yatim boleh dakkk????


then aku call balik dia.. cakap suruh dia jangan crita ngan mak aku.. aku cakap
ignore jer.. dan suruh dia take care diri dia..

tapi jawapan dia.. "takpa kak.. ct ok ja"

tapi dari suara dia aku dapat tangkap yang dia pon sedih dan tgh menangis..

sabar ct na.. nak buat macam mana.. Allah sayang bapak lebih dari kita...

Puasa Ramadhan dan Kekalutanku...

dah 5 hari kita berpuasa... and this is the 1st posting in ramadhan...

selamat berpuasa dan selamat menambahkan amal ibadat kepada rakan2 dan juga diriku..

masuk ramadhan ni semua jadual aku kena ubah..
bangun pagi of coze pukul 4.30.. then masak2.. makan2.. solat2.. mandi2.. siap2..

dan part paling aku tak suka (klu boleh tak nak wat la) gerak anak2 aku bangun pagi2 buta.. kesian kat derang..

terpaksa bangun awal pagi semata2 mak dia kena g keja awai.. isk.. isk.. isk.. kesian kat sufiyya(or panggilan manja dia baby)...



sufiyya baru bangun tido.. mamai lagi ni..

punya susah nak bukak mata.. terpaksa la pujuk rayu.. sayang cium nak gerak dia bangun... kadang2 dok melelong lagi masa dalam bilik air sebab tak bleh celik lagi mata dia..(sowi na baby.. sikit hari jer lagi..)
dah siap derang mandi ok la sikit.. tapi still aku kesian.. kuar bilik air ja dok kata "sejuk..sejuk"

pastu gi la keja.. lepas dekat 1 jam 45 minit aku pon sampai la ofis.. klu jalan jam mau kat 2 jam lebey maa..

tapi ni semua buat sementara jer.. aku nak blah dah... hahahaha.. aku dah dapat keja kat penang as Application Engineer.. hik hik hik...

so... apalagi... bubbye KL.. bubbye traffic jam.. bubbye toll... bubbye kepenatan..

tapi seminggu 2 ni penat lain pulak.. dok cari umah sewa.. alhamdulillah dah dapat.. umah teres 2 tingkat yang luas dengan harga sewa yang berpatutan.. then dalam kawasan perumahan mak aku pulak..

dan yang lagi best ialah...


sufiyya the apple of my eye


sufiyya tak yah bangun awal pagi dah.. makan minum derang akan di 'take care' oleh mak aku yang tersayang...

so aku tak yah la dok risau tak hengat kat ofis... bleh la bekerja dengan ati yang lapang.. huk huk huk..


insyaAllah.. last day aku kat heitech will be 4th sept.. berangkat pindah ke penang on the 5th of sept.. and start keja at globetronics on the 8th of sept...

so memang kalut giler aa.. very2 short period of time untuk aku mengemas dan berpindah.. nasib baik aku bleh rehat sehari on the 7th of sept sebab aku cakap nak masuk hari selasa... doakan aku semoga dapat menjalankan ibadat puasa sepanjang 'kekalutan' aku nanti ni... amiinnn... ya rabbal a'lamin...





Thursday, August 13, 2009

Keagungan Islam..

pagi2 lagi aku dah dapat email ni... so macam besa..
it is very interesting... and i want to share with my frends...
silalah baca.. thanks su for this great info..



Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan ..Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia . Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

ari ini.. on the way datang keja...

salam..

dah lama tak tangkap2 gambar ngan anak2 aku.. klu dulu ari2 keja asyik dok snap2 jaa..
hehehe.. kemudahan ada di tangan.. camera fon aku kat kecik comei..

so, arini disebabkan sufiyya soooo cute pakai baju kurung... aku pon tergerak ati nak snap2 balik...

and these are the photos...













gambar yang paling aku ske..










Wednesday, August 12, 2009

walimatul urus...

artikel ni aku jumpa masa tengah belek2 cari2 search2 tanpa tujuan kat laman web dr asri.. so aku pon baca laa... pastu sampai kat bahagian ni aku rasa cam very interesting.. so aku pon nak la share ngan korang semua...

this is the artikel part...






kalo nak baca full artikel tu --> Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin

refresh...

belek2 date last posting baru perasan yang dah lebih setahun aku tak update blog ni.. dah bersawang dah laman sesawang aku ni....

ehehehehehhe... this entry purposely untuk aku refresh balik my blog and at the same time aku ingin berikrar semoga aku akan senantiasa me'refresh' blog aku dengan entry2 baru.. (konon laa... nanti aku malas balik.. ahaks..)

jadik dengan ini aku mengisytiharkan bahawa laman blog aku ni akan kembali aktif (:p) kembali... ehehhehee...