Sunday, September 27, 2009
My All Time Faveret!!
pernah tak dengar lagu lemon tree.. kumpulan fools garden.. lagu tu lagu lama.. but memang bessttt.. every time dengar lagu tu sure hati pon jadik happy... sebab muzik dia macam happy giler.. eheheh..
so, hari ni tgh2 tgk video clip lagu lemon tree kat youtube tiba2 terjumpa la satu video clip animation lagu lemon tree yang memang cute+lucu.. so aper lagi.. ni yang nak share ni.. Hope u all enjoy it like i do.. hehehe..
-------------------------------------------------------------------
This is the original video clip of the song..
This 1 plak the animated version.. sooo cute and funnyy..
Friday, September 25, 2009
Kangkung's Secret.. Beware All Kankung Lover...
Salam..
minggu lepas dapat email ni.. but tak berkesempatan nak baca pon.. so ari ni bila sempat baca terkejut dan rasa nak share dengan semua.. semoga kita akan lebih berhati2 in future..
p/s: patut la mak aku akan belah batang kangkung tu sebelum nak masak..
*****************************************************************************************************************************************
Dear All,
Attached is an article forewarded by a psychiatrist from
It actually narrates how a young boy died after eating the kangkung vegetable.He had gastro-enteritis(diarrhoea/vomiting)and was
admitted in hospital. Post mortem revealed that there were leeches in his intestines which has multiplied many times. The leech found its way through the stem of the kangkong vegetable. The stem is hollow and is normally cooked together with the leaves.
One of the precautions we can take is to slice the stems into two and wash it well before cooking.
Regards
ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan
bagi anda when you want to eat kangkung
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada
anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak
itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya.
Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang
biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical
apapun.
Akhirnya anak kecil
batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi
untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan
rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat
banyak tersebut dari dalam usus anak
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala
kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan
meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya. Semoga cerita ini
dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089
Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri buat semua...
Friday, September 11, 2009
1st bil elektrik...
semalam.. masa tu baru balik keja jer...
tgh bancuh2 air sirap untuk bukak posa mak aku cakap..
"bil elektrik dah sampai.. nanti tolong bayarkan yer.."
aku tanya la .. "braper mak??"
mak aku : "seratus lima belas.. adik ko tu la.. pakai banyak sangat.. "
aku : "banyak tu mak.. selalu kurang ja.. nanti mak bagitau la dia.."
mak aku : "mak dah bagitau dah.. nanti dia bayar separuh.. "
aku : "ok la kalo camtu.. tapi suruh la dia jimat sket.."
tetiba hubby aku menyampuk.. "aina.. bil elektrik umah kita (umah sewa aku la tu) pon dah ader.."
aku : "yer ker.. baru seminggu masuk umah dah dapat bil elektrik.. brape bang??"
hubby: "nak tau brapa.. (pastu dia dok gelak2)"
aku: "brapa??"
hubby : "bil kita kerajaan tanggung.. 30 sen jer bil bulan ni..."
aku: "30 sen.. ehehhehe.. bagus2.. jimatt!! jimat!!"
tak sangka plak 30 sen jer.. macam lawak pon ader.. best betull..
1st time dapat bil elektrik harga RM0.30 kalo tiap2 bulan camtu kan bes.. heheheheh..
bil aku ditanggung beres oleh kerajaan malaysia... ahahahahahha..
Friday, September 4, 2009
yg dekat, yg jauh, yg besar, yg berat, yg ringan, yg tajam
Lesson form imam ghazali....
************************************************************************************************************************************
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
***************************************************************************************
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri China '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
***************************************************************************************
Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
***************************************************************************************
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Surah Al-Azab : 72 )
***************************************************************************************
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
***************************************************************************************
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '
****************************************************************************************
Semoga dapat menjadi pedoman buat kita semua.. wallaualamm...
Wednesday, September 2, 2009
countdown..
Menanti Di Barzakh
Munsyid : Far East
sumber lirik
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
********************************************************************************
salam..
entry kali ni aku nak share satu lagu lagi.. lagu yang bila mana pertama kali aku mendengarnya aku menangis..
menangis teresak2 mengingati setiap satu yang terjadi pada hari Allah mengambil ayahku kembali...
mengisafkan.. membuka mata hati ku.. bahawa mati itu pasti..bahawa mati itu hakiki...
banyak kematian yang berlaku di sekitar aku pada akhir2 ini, tak kiralah saudara mara, sahabat handai atau orang2 yang aku kenali.. tak kira umur.. yang remaja atau dewasa atau bayi atau yang lanjut usia...
setiap kali mengingatkan kematian.. aku selalu tertanya2..
adakah aku bersedia untuk mati.?
bagaimana dengan anak2 aku?
bagaimana dengan ibuku?
bagaimana dengan suamiku??
bagaimana dengan keadaan aku di alam barzkah??
bagaimana dengan keadaan ku di masyar nanti??
aku yang lalai.. aku yang cuai.. aku yang lupa.. aku yang sengaja.. aku yang tidak sengaja.. aku yang musykil.. aku yang jahil.. aku yang arif tetapi tidak mengambil berat..
astaghfirullah ya rabbal bara'ya...
astagfirullah minal qhothoya..
rabbi zidhni 'ilman nafi'aa..
wawafiqhni amalan makhbula...
wawahabli rizqan wasii'a..
WA'TUB A'LAYYA TAUBATAN NASUHAA...
WA'TUB A'LAYYA TAUBATAN NASUHAA...
WA'TUB A'LAYYA TAUBATAN NASUHAA...
Ya Allah..
ampunilah dosa ku, dosa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku di masa aku kecil... amiinn ya rabbal a''lamiinn...